Sistem Pengurusan Pewarisan

Rancang Pewarisan

Dapatkan Pakej DanaPlus yang menggabungkan Surat Wasiat, Pesanan pada Waris, Dana Pantas, Pakej Urus Pusaka dan lain-lain lagi

Urus Pusaka

Jangan biarkan harta pusaka waris yang telah meninggal dunia tidak diurus dan hutang arwah tidak diselesaikan

Kalkulator Faraid

Gunakan Kalkulator Faraid kami untuk dapatkan Senarai Waris Faraid serta kadar pembahagiannya. Mudah untuk difahami

Rancang Pewarisan

Dapatkan Pakej DanaPlus. Dengan yuran tahunan RM80 – RM600 anda akan dapat manfaat bernilai RM5,000 – RM50,000

(MAIN) Rancang (Analisa)


Assalamualaikum.
Saya Alya, perunding maya pewarisan yang dibina menggunakan teknologi AI (Artificial Intelligence)

 

Rancang Pewarisan 

Jom rancang pewarisan bersama Alya dan dapatkan pakej DanaPlus yang menggabungkan Wasiat, Pesanan pada Waris, Perisytiharan Harta Sepencarian, Perisytiharan Hibah, Dana Pantas dan Urus Pusaka. 

Terima kasih . Mari kita teruskan ke langkah seterusnya.

Boleh Alya dapatkan beberapa maklumat lagi dari ?

Hanya beberapa lagi soalan sebelum Alya teruskan.

Berdasarkan maklumat yang diberi, perlu menyediakan :

  • Surat Wasiat ✔️ 
    Untuk melantik Wasi/Pentadbir Harta, membuat Wasiat Harta pada Bukan Waris dan Melantik Penjaga Harta untuk anak bawah umur/OKU (jika ada).
  • Pesanan pada Waris ✔️
    Mudahkan urusan waris dengan menyediakan maklumat dan dokumen penting.
  • Perisytiharan Harta Sepencarian ✖️
    Tidak perlu kerana tidak mempunyai harta sepencarian dengan isteri. 
  • Perisytiharan Harta Sepencarian ✔️
    Perlu disediakan kerana mempunyai harta sepencarian.
  • Perisytiharan Hibah ✔️
    Perlu disediakan kerana bercadang untuk membuat Hibah
  • Perisytiharan Hibah ✖️
    Tidak perlu kerana tidak becadang untuk membuat Hibah
  • Pakej Urus Pusaka ✔️
    Perlu disediakan untuk memudahkan waris menguruskan harta pusaka .
  • Dana Pantas ✔️
    Perlu menyediakan dana untuk perbelanjaan bulanan keluarga dan kos urus pusaka sebelum harta pusaka dapat dicairkan.

Dengan Pakej DanaPlus, boleh sediakan perancangan pewarisan yang lengkap. Jika berlaku kematian, waris  akan diberi pakej Urus Pusaka (RM500) dan Dana Pantas (RM4,500 - RM49,500), mengikut pakej yang dilanggani.

Alya akan hantar analisa dan maklumat lanjut pada melalui WhatsApp.

Pakej Perancangan Pewarisan yang lengkap untuk anda.

DanaPlus 5

Pakej termasuk Surat Wasiat dan Pesanan pada Waris serta manfaat dibawah
Pakej Urus PusakaRM500
Dana PantasRM4,500
JumlahRM5,000

RM80 setahun

DanaPlus 10

Pakej termasuk Surat Wasiat dan Pesanan pada Waris serta manfaat dibawah
Pakej Urus PusakaRM500
Dana PantasRM9,500
JumlahRM10,000

RM150 setahun

DanaPlus 25

Pakej termasuk Surat Wasiat, Pesanan pada Waris, Periystiharan Harta Sepencarian dan Hibah serta manfaat dibawah
Pakej Urus PusakaRM500
Dana PantasRM24,500
JumlahRM25,000

RM330 setahun

DanaPlus 50

Pakej termasuk Surat Wasiat, Pesanan pada Waris, Periystiharan Harta Sepencarian dan Hibah serta manfaat dibawah
Pakej Urus PusakaRM500
Dana PantasRM49,500
JumlahRM50,000

RM600 setahun

Jom fikir sejenak.....

Sudahkah anda membuat wasiat dan perancangan pewarisan?

Rasulullah SAW bersabda,
Tidak ada hak seorang muslim yang memiliki sesuatu yang dia ingin berwasiat padanya yang tertahan dua malam kecuali wasiatnya ditulis di sisinya.“ 
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim 

Apabila berlaku kematian, tahukah waris apa yang perlu dilakukan? 

Siapa yang perlu dihubungi? Adakan arwah mempunyai khairat kematian dan di masjid mana? Apa proses yang perlu dilalui dan berapa kosnya?
 
Adakah waris terdekat bersedia? Yang penting jenazah perlu diuruskan segera.

Setelah selesai pengebumian, apa terjadi kepada keluarga anda? 

Adakah keluarga mempunyai dana yang cukup untuk tujuan kelangsungan hidup?
Bagaimana dengan pelajaran dan masa hadapan anak-anak?
 
Sudahkah kita jalankan tanggungjawab dan amanah kita dengan baik?

Bagaimana dengan proses untuk menguruskan harta dan hutang? 

Apakah proses, kos dan masa yang diambil untuk mengurus harta pusaka? Cukupkah harta yang ada untuk membayar hutang?
Bagaimana untuk elakkan persengketaan antara waris?
Siapa yang akan uruskan harta pusaka dan hutang anda? 

Jangan Tunggu lagi
Rancang Pewarisan Anda

Soalan Lazim

Selain dari boleh menyediakan dengan cepat secara Online dan harga yang murah, anda bukan saja menyediakan Surat Wasiat, tetapi boleh merancang dan menyediakan Pelan Tindakan.

Semua template dan dokumen telah disediakan oleh peguam syarie yang pakar dalam bidang pengurusan harta pusaka. 

Kami juga telah mendapat pengiktirafan dari Masyref, Penasihat Syariah yang telah menyemak semua dokumen dan proses penyediaan.

Kami menggunakan teknologi untuk menyediakan servis yang lebih effisyen dan menggunakan konsep DIY. Ini mengurangkan kos operasi kami.

Waris boleh menghubungi Pewarisan dan melaporkan kematian ahli. Kami akan semak dokumen, perancangan dan pelan tindakan yang disediakan oleh alhi. Kami akan memberi khidmat nasihat kepada waris untuk mulakan proses urus pusaka.

Jika anda telah menyediakan dokumen pewarisan serta membuat perancangan dan pelan tindakan, urusan waris akan lebih mudah. 

  1. Skim DanaPlus adalah satu skim pewarisan lengkap yang menggabungkan dokumen pewarisan, urus pusaka dan tunai untuk waris.
  2. Skim DanaPlus amat mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
  3. Mengelakkan kes urus pusaka tertangguh dan pertelingkahan antara waris.

Testimoni Pelanggan

Daftar sebagai Ahli. Keahlian adalah PERCUMA
(USE) Alya - Daftar

RefID :

Hubungi Kami
(USE) Alya - Hubungi Kami
 
Assalamualaikum .

Apa yang Alya boleh bantu?

Sila laporkan kematian ahli Pewarisan.com yang telah meninggal dunia untuk mulakan proses Urus Pusaka.
Kami perlukan maklumat berikut:

  • Nama Ahli 
  • No Kad Pengenalan
  • Tarikh Meninggal Dunia


Kami akan menghubungi untuk proses seterusnya.

Sila nyatakan dengan lengkap untuk memudahkan Alya membuat tindakan susulan.

Pewarisan-Logo-1-4.png
Pewarisan Sdn Bhd (1390056-P)

22-2, Jalan Prima Setapak 3
Taman Setapak
53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Tanya Alya

Assalamualaikum.
Saya Alya, perunding maya pewarisan yang dibina menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).

Tanya Alya

Anda boleh tanya apa-apa soalan mengenai Pewarisan seperti Wasiat, Faraid, Hibah, Wasi dan lain-lain lagi.  Semoga usaha kami ini memberi manfaat pada semua.

Notis Penafian:

Maklumat yang disediakan oleh Chatbot AI ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Ia bukan pengganti nasihat profesional.
Anda disarankan untuk menyemak sebarang maklumat penting dan mendapatkan khidmat nasihat dari kami. Hubungi Kami (pewarisan.com)

Kemaskini Maklumat Diri
Sila Pilih Pelan Pewarisan Harta
Nama Penuh*
Nama seperti dalam kad pengenalan
Nama Panggilan*
contoh : Abg Din, Kak Timah, Puan Anisah, Haji Jamal, Dato Karim, Datin Salwa...
NRIC*
Nombor Telefon*
Tarikh Lahir*
Alamat *
Poskod*
Bandar*
Negeri*
Akaun

Kemaskini Maklumat Akaun Anda

Email*
Password*
Re-type Password*
Danaplus
(USE) Danaplus Laman Ahli

Assalamualaikum.
Saya Alya, perunding maya pewarisan yang dibina menggunakan teknologi AI (Artificial Intelligence)

Pakej DanaPlus

Dapatkan pakej DanaPlus yang menggabungkan Wasiat, Pesanan pada Waris, Perisytiharan Harta Sepencarian, Perisytiharan Hibah, Dana Pantas dan Urus Pusaka. 

Syarat Penyertaan Skim DanaPlus

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur dari 15 sehingga 69 tahun. Umur adalah berdasarkan umur peserta pada tahun hadapan.
  2. Tuntutan maksimum sehingga RM49,500 (tertakluk kepada skim yang dilanggan).

 

Mengapa Anda Perlu Melanggan Skim DanaPlus

  1. Skim DanaPlus adalah satu skim pewarisan lengkap yang menggabungkan dokumen pewarisan, urus pusaka dan tunai untuk waris.
  2. Skim DanaPlus amat mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
  3. Mengelakkan kes urus pusaka tertangguh dan pertelingkahan antara waris.

Cara Membuat Tuntutan

  1. Waris laporkan kematian ahli yang melanggan skim DanaPlus dengan melayari pewarisan.com dan isikan butiran yang disediakan.
  2. Waris dikehendaki menyertakan salinan sjil kematian/permit pengebumian dan laporan perubatan yang berkaitan dan memuatnaik salinan tersebut di laman Pewarisan.
  3. Pegawai kami akan menghubungi pihak waris untuk tindakan lanjut berkenaan urus pusaka dan tuntutan tunai yang disediakan di dalam pakej skim DanaPlus.
  4. Bayaran tunai akan diserahkan kepada waris dalam tempoh 30 hari waktu bekerja, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Skim DanaPlus di 'Soalan Lazim' .

Pakej DanaPlus5

RM80/setahun

  • Surat Wasiat 
  • Pesanan pada Waris
  • Urus Pusaka (RM500)
  • Dana Pantas (RM4,500)
    JUMLAH : RM5,000

 


Pakej DanaPlus10

RM150/setahun

  • Surat Wasiat 
  • Pesanan pada Waris
  • Urus Pusaka (RM500)
  • Dana Pantas (RM9,500)
    JUMLAH : RM10,000

 


Pakej DanaPlus25

RM330/setahun

  • Surat Wasiat 
  • Pesanan pada Waris
  • Perisytiharan Harta Sepencarian
  • Perisytiharan Hibah
  • Urus Pusaka (RM500)
  • Dana Pantas (RM24,500)
    JUMLAH : RM25,000

 


 

Pakej DanaPlus50

RM600/setahun

  • Surat Wasiat 
  • Pesanan pada Waris
  • Perisytiharan Harta Sepencarian
  • Perisytiharan Hibah
  • Urus Pusaka (RM500)
  • Dana Pantas (RM49,500)
    JUMLAH : RM50,000

 


 

Dengan Pakej DanaPlus5 (RM80/setahun), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Pakej Urus Pusaka bernilai RM500 untuk waris memulakan proses Urus Pusaka
  • Dana Pantas sebanyak RM4,500 untuk perbelanjaan bulanan keluarga sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan kos urus pusaka.

Dengan Pakej DanaPlus10 (RM150/setahun), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Pakej Urus Pusaka bernilai RM500 untuk waris memulakan proses Urus Pusaka
  • Dana Pantas sebanyak RM9,500 untuk perbelanjaan bulanan keluarga sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan kos urus pusaka.

Dengan Pakej DanaPlus25 (RM330/setahun), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Menyediakan Dokumen Perisytiharan Harta Sepencarian
  • Menyediakan Dokumen Hibah
  • Pakej Urus Pusaka bernilai RM500 untuk waris memulakan proses Urus Pusaka
  • Dana Pantas sebanyak RM24,500 untuk perbelanjaan bulanan keluarga sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan kos urus pusaka.

Dengan Pakej DanaPlus50 (RM600/setahun), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Menyediakan Dokumen Perisytiharan Harta Sepencarian
  • Menyediakan Dokumen Hibah
  • Pakej Urus Pusaka bernilai RM500 untuk waris memulakan proses Urus Pusaka
  • Dana Pantas sebanyak RM49,500 untuk perbelanjaan bulanan keluarga sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan kos urus pusaka.
No payment items has been selected yet
Apply Coupon

Akad Pembelian

Dengan ini, saya , bersetuju untuk membeli pakej daripada Pewarisan.com dengan harga yang akan dibayar kepada Pewarisan Sdn Bhd untuk tempoh setahun langganan. Saya mengakui dan memahami terma dan syarat yang dikenakan oleh Pewarisan Sdn Bhd berhubung dengan pembelian ini, dan saya bersetuju untuk mematuhinya.

Dokumen

Sila langgan pakej DanaPlus terlebih dahulu untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.

Terima Kasih

Kalkulator Faraid
Jantina*
Suami*
Isteri*
Bapa*
Datuk Sebelah Bapa*
Ibu*
Nenek Sebelah Bapa*
Nenek Sebelah Ibu*
Anak Lelaki*
Anak Perempuan
Cucu Lelaki dari Anak Lelaki*
Cucu Perempuan dari Anak Lelaki*
Saudara Kandung Lelaki*
Saudara Kandung Perempuan*
Saudara Seibu Lelaki*
Saudara Seibu Perempuan*
Saudara Sebapa Lelaki*
Saudara Sebapa Perempuan*
Faraid Info

Ilmu faraid ialah ilmu pembahagian harta pusaka, mempunyai kaedah fiqah dan hisab dimana melaluinya dapatlah diketahui hak setiap waris ke atas harga peninggalan si mati. 

Ilmu faraid merupakan kombinasi antara 3 ilmu yang disatukan iaitu ilmu nasab, ilmu fatwa dan ilmu matematik.

Dalil mempelajari ilmu faraid adalah dari sumber Al-Quran Surah An-Nisa’, ayat 11,12 dan 176.

Rasulullah SAW bersabda;

“Belajarlah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia kerana aku ini adalah manusia yang akan mati dan sesungguhnya ilmu ini akan ditarik dari manusia, dan akan berlaku fitnah antara manusia sehingga apabila bertengkar dua orang tentang ilmu faraid, mereka tidak dapat mencari seseorang yang dapat menyelesaikannya di antara mereka.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad dari Ibnu Mas’ud)

Matlamat Mempelajari Ilmu Faraid.

  1. Untuk mengetahui sama ada sesuatu harta itu adalah harta pusaka ataupun tidak.
  2. Untuk mengetahui siapakah yang berhak dan tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka
  3. Untuk mengetahui kadar bahagian faraid untuk setiap waris

Faedah Mempelajari Ilmu Faraid

  1. Merupakan ilmu fardhu kifayah 
  2. Mengelakkan waris dari memakan harta secara batil
  3. Mengelakkan salah faham dan pertelingkahan di antara waris
  4. Menyegerakan pembahagian harta pusaka
Lantik Wasi
Senarai Wasi*
Wasi Info

"Wasi" merujuk kepada orang yang ditunjuk atau diberi kuasa oleh pembuat wasiat untuk melaksanakan wasiat tersebut dan menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan. Wasi memiliki tanggungjawab penting dalam menjalankan kehendak pembuat wasiat dan memastikan aset-aset yang ditinggalkan diwarisi atau dikelola mengikut arahan wasiat.

Pelaksanaan Wasiat: Wasi perlu memahami dengan jelas arahan yang terkandung dalam wasiat dan bertanggungjawab untuk melaksanakannya dengan itikad baik dan mengikut undang-undang yang berkenaan.


Pengurusan Harta Pusaka: Wasi bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewaris. Ini melibatkan pengumpulan, penilaian, dan pengurusan harta pusaka, termasuk pembayaran hutang, penjagaan dan perlindungan aset, dan penyelesaian tanggungjawab undang-undang.


Pembahagian Warisan: Menurut arahan dalam wasiat, wasi perlu memastikan pembahagian harta pusaka yang adil dan mengikut kehendak pewaris kepada waris yang ditetapkan dan selari dengan kaedah syarak dan perundangan.


Pembayaran Cukai dan Kos: Wasi bertanggungjawab untuk membayar cukai dan kos yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka.


Pelaporan dan Perakaunan: Wasi dijangka untuk menyediakan laporan dan perakaunan yang telus kepada pihak yang berkepentingan, seperti waris, mahkamah, atau pihak berkuasa pengawasan yang berkenaan.


Wasi mempunyai tanggungjawab undang-undang dan moral untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan jujur, teliti, dan berhati-hati, serta mengutamakan kepentingan waris dan menghormati kehendak pewaris.


Penjaga Harta
Adakah anda mempunyai anak bawah umur atau OKU?*
Anda tidak perlu untuk melantik Penjaga Harta untuk anak bawah umur atau OKU
Senarai Penjaga Harta
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Penjaga Harta Info

Waris yang sah mengikut syariah boleh dikenalpasti menggunakan Kalkulator Faraid kami. Anda boleh gunakan di pautan berikut: https://pewarisan.com/Laman-ahli

Wasiat Harta
Adakah anda berniat untuk mewariskan harta (sehingga 1/3) untuk waqaf atau kepada bukan waris faraid?*
Senarai Penerima Wasiat
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.



Wasiat ialah suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimilik oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

Wasiat tidak boleh melebihi 1/3 dari jumlah harta pewasiat.

Sabda Rasulullah SAW:

فَالثُّلُثُ، وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ، إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ

Maksudnya: Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun sudah banyak. Sesungguhnya, jika engkau tinggalkan waris dalam keadaan kaya atau cukup, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan manusia.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pemberian di dalam wasiat boleh diberikan kepada waris dan bukan waris. Ada segelintir masyarakat di luar sana salah faham terhadap pemberian kepada waris di dalam wasiat dengan menyatakan pemberian kepada waris
di dalam wasiat adalah haram. Hakikatnya, pemberian kepada waris di dalam wasiat adalah dibenarkan oleh Hukum Syarak sekiranya mendapat persetujuan waris-waris si pewasiat

yang lain berlandaskan hadis daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:-

لا وصية لوارث إلا أن يأذن الورثة

Bermaksud: “tidak harus wasiat kepada waris kecuali, diizinkan oleh waris yang lain”
(Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a)

Berdasarkan hadis di atas, kita dapat lihat bahawa pemberian kepada waris melalui wasiat dibenarkan dengan syarat perlu mendapatkan persetujuan semua waris-waris faraid si pewasiat yang lain dan persetujuan tersebut mestilah diperolehi selepas kematian pewasiat tersebut.Ditekankan bahawa pemberian kepada waris faraid yang tidak mengikut faraid tertakluk kepada persetujuan waris faraid selepas kematian pewasiat.

Pemberian tidak melebihi 1/3 harta yang dinyatakan di dalam wasiat kepada bukan waris seperti anak angkat, ahli keluarga yang berlainan agama atau untuk tujuan sedekah dan amal jariah adalah mutlak. Tidak memerlukan sebarang persetujuan daripada waris-waris pewasiat. Hal ini kerana pewasiat mempunyai hak dan dibenarkan untuk berbuat demikian.

Perkara ini berlandaskan hadis Rasulullah S.A.W. yang mana sahabat Baginda S.A.W. iaitu Saad
Bin Abi Waqash bertanya sama ada beliau boleh sedekahkan hartanya sebanyak dua pertiga ataupun setengah daripada hartanya. Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Jangan, sepertiga sahaja. Sepertiga itu banyak. Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin dan

meminta-minta kepada orang lain.” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, peraturan 1/3 adalah khas untuk pemberian di dalam wasiat kepada golongan bukan waris yang mana pemberian ini tidak boleh ditentang oleh waris-waris lain, melainkan ia melebihi dari 1/3. Sekiranya ia melebihi 1/3, untuk melaksanakan wasiat tersebut, wasi/pentadbir pusaka perlu mendapatkan persetujuan waris-waris faraid si pewasiat pada bahagian yang melebihi 1/3 tersebut.

Selain daripada pemberian kepada individu, pewasiat juga boleh membuat wakaf dan sedekah di dalam wasiatnya. Akan tetapi sekiranya wasiat dibatalkan, hendaklah wakaf tetap diteruskan dan dianggap sebagai hutang manakala sedekah pula akan terbatal sekiranya wasiat tersebut dibatalkan.

Surat Wasiat Info
Definisi Wasiat

Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999)

 

Dalil Pensyariatan Wasiat

 

Al-Quran

Firman Allah SWT:

 

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ

 

Yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.” (Surah Al-Nisa’: 11)

 

 

Al-Hadis

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

ما حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، له شيءٌ يُرِيدُ أَنْ يُوصِيَ فِيهِ، يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ، إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ

 

Yang bermaksud: “Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya.” (Riwayat Muslim)

 

Rukun Wasiat 
  • Pewasiat;
  • Penerima wasiat (benefisiari);
  • Harta yang diwasiat; dan
  • Sighah (lafaz wasiat).

 

Syarat Pewasiat
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • Sempurna akal;
  • Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan
  • Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.

 

Syarat Penerima Wasiat (Benefisiari)
  • Diketahui dengan jelas;
  • Boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak; dan
  • Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis.

 

Syarat Harta Yang Diwasiat
  • Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
  • Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
  • Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
  • Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.

 

Hukum Wasiat

Peringkat awal Islam, hukum wasiat kesemua harta kepada ibu bapa dan sanak saudara adalah wajib sebagaimana firman Allah SWT:

 

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ

 

Yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 180)

 

Walau bagaimanapun, kewajipan ini telah dimansuhkan dengan Surah al-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176 dan hadis-hadis yang berkaitan dengan harta pusaka. Namun, amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksima satu pertiga dan ditujukan kepada selain waris.

 

Ia sebagaimana hadis daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

إنَّ اللهَ قد أعطى كلَّ ذي حقٍّ حقَّهُ؛ فلا وصيَّةَ لوارثٍ

 

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Maka, tiada wasiat untuk waris.” (Riwayat Abu Daud)

 

Kadar Wasiat

Pewasiat digalakkan mewasiatkan harta tidak melebihi satu pertiga. Ia berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. ketika Rasulullah SAW melawat beliau yang sedang sakit: 

 

يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ

 

Yang bermaksud: “Ya Rasulullah, bolehkah aku ingin berwasiat semua hartaku? Jawab baginda: “tidak”, Aku berkata: “setengah?” Jawab baginda: “tidak”, aku berkata lagi: “Satu pertiga” Jawab baginda: “Satu pertiga dan satu pertiga itu banyak”, “sesungguhnya engkau meninggalkan waris itu kaya lebih baik daripada dia meminta-minta daripada manusia dengan tangan mereka.” (Riwayat al-Bukhari)

Satu pertiga dikira daripada harta bersih setelah dijelaskan kos urusan pengebumian dan hutang pewasiat. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.

 

Wasiat Kepada Waris

Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid.

 

Berdasarkan kepada pandangan ini, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia.

 

Dengan demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya .

 

Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

لا وصيةَ لوارثٍ إلا أن يشاءَ الورثةُ

Yang bermaksud: “Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

 

Oleh itu, sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris yang lain selepas kematian pewasiat.

 

Nota : Maklumat diatas diambil dari sumber berikut :
Wasiat – E-FARAID (mais.gov.my)

Senarai Waris
Senarai Waris*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Hadiah
Senarai Hadiah
Anak
Adakah anda mempunyai anak yang masih hidup?
Adakah anda mempunyai anak bawah umur?
Anak yang berumur 18 tahun kebawah, atau OKU
Adakah anda mahu waris bawah umur menunggu sehingga umur tertentu sebelum mereka menerima harta pusaka mereka?
Umur Penerimaan Pewarisan
Umur minima 18, umur maksimum 100
Pembahagian Harta
Harta Lebihan
Penerima Harta Lebihan
Baki
%
Klausa Kepelbagaian
Bagaimana anda ingin harta pusaka anda dibahagikan sekiranya penerima bahagian selebihnya sudah tiada setelah anda meninggal dunia?*
Baki
%
Haiwan Kesayangan
Adakah anda ingin menjaga kebajikan haiwan kesayangan anda di dalam wasiat?*
Maklumat Haiwan Kesayangan*
Pengurusan Pengebumian
Adakah anda ingin memberikan arahan mengenai permintaan terakhir anda?
Apakah hajat terakhir anda mengenai urusan pengebumian anda?
e.g. pengkebumian, pembakaran, nama memorial park, dll
Maklumat Tambahan
Adakah anda ingin menambah maklumat tambahan?
Senarai Orang yang perlu Dihubungi
Senarai Orang Yang Perlu Dihubungi*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Pengurusan Jenazah
Pengurus Jenazah*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Senarai Khairat
Senarai Khairat*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Senarai Harta Tidak Alih
Senarai Harta Tidak Alih*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Senarai Harta Alih
Senarai Harta Alih*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Senarai Hutang
Senarai Hutang*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Senarai Penghutang
Senarai Penghutang*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Senarai Skim Takaful
Senarai Skim Takaful*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Pesanan pada Waris Info

Pesanan pada Waris adalah untuk memudahkan urusan waris apabila berlaku kematian. 

Waris yang sah mengikut syariah boleh dikenalpasti menggunakan Kalkulator Faraid kami. Anda boleh gunakan di pautan berikut: https://pewarisan.com/Laman-ahli

Harta-harta tidak alih pada umumnya adalah harta-harta dari kategori hartanah. Lazimnya ia mempunyai Geran yang perlu diuruskan melalui pejabat tanah. Ini termasuk
⦁ Tanah
⦁ Rumah
⦁ Apartment

Harta Alih boleh di dapati kepada beberapa sumber. Sila semak dari punca berikut:
⦁ Akaun-akaun bank
⦁ ASB
⦁ Tabung Haji
⦁ KWSP
⦁ Unit Trust
⦁ Takaful
⦁ Emas dan perak (Barang kemas)
⦁ Wang tunai
⦁ Saham (yang ikut syariah)
⦁ Kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, kapalterbang, bot)
⦁ Barang-barang lain yang berharga atau bernilai sentimental (jersi Manchester United misalnya)

Dalam kehidupan moden, kita semua tidak lepas dari hutang. Secara umumnya hutang terbahagi kepada dua: hutang kepada manusia dan hutang kepada Allah.

Hutang kepada Allah termasuk
⦁ Badal haji
⦁ Fidyah

Untuk hutang kepada manusia, sila Semak dari senarai di sini.
⦁ Pinjaman bank
⦁ Pinjaman kenderaan
⦁ Kad kredit
⦁ Pinjaman dari saudara/Rakan
⦁ Pinjaman tertunggak (misalnya- kontrak handphone)
⦁ Bil-bil (misalnya telefon)

Sila senaraikan pemuitang yang berhutang dengan anda. Jika ada dokumen yang dapat membantu Waris mengemukakan kepada pemuitang, ia pastiakan membantu mereka nanti.

Skim Khairat adalah satu tabungan yang biasaanya di buatt untuk membantu keluarga untuk pengurusan pengkebumian. Bagaimanapun sekarang ini berbagai organisasi menawarkan Khairat sebagai satu kemudahan kepada ahli atau Pelanggan. Ini dapat membantu Waris mendapatkan wang segera Selepas kematian.
Kami sarankan pewaasian senaraikan skim-skim yang di carum agar dapat dimanfaatkan oleh Waris. Sila Semak dari senarai berikut :-
⦁ Khairah Masjid
⦁ Tabung Haji
⦁ PERKESO
⦁ KWSP
⦁ Khairat Pusat Pungutan Zakat
⦁ Bantuan Mengurus Jenazah JPA
⦁ BANK RAKYAT
⦁ MAYBANK
⦁ ASNB
⦁ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
⦁ SKIM TAKAFUL
⦁ PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
⦁ PENCEN (Kakitangan Awam)
⦁ Pemegang Kad Kredit Islamic
⦁ Khairat Kematian Selangor
⦁ Khairat Kematian pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) asal Sarawak

Senarai ini akan dapat membantu Wasi/Waris mengurus dengan pihak insuran/takuful untuk dapatkan pampasan. Sila semak dari senarai berikut:
• Life insurance
• Health Insurance
• Education insurance
• Travel Insurance

Kami sediakan ruang untuk pewasiat senaraikan orang-orang yang boleh Waris hubungi untuk menghebahkan tentang Kematian. Sila semak dari senarai berikut untuk perrtimbangan.

⦁ HR/Pejabat
⦁ Bahagian Pencen KWAP (bukan segera)
⦁ Keluarga sebelah bapa
⦁ Keluarga sebelah ibu
⦁ Keluarga sebelah suami/isteri
⦁ Kawan sekolah
⦁ Kawan university
⦁ Jiran kawasan perumahan terdahulu

Harta Sepencarian
Senarai Penerima Harta Sepencarian*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Info Harta Sepencarian

Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.

  • Harta yang boleh dituntut adalah harta alih dan harta tidak alih.
  • Harta Alih : Barang kemas, unit amanah, share syarikat, kereta, motor dan sebagainya.
  • Harta Tidak Alih : Tanah, rumah dan apartment.

Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut.

Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.

CONTOH:

  • Sumbangan secara langsung: Wang deposit pembelian harta, bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai/ maintenance fee dan lain-lain.
  • Sumbangan tidak langsung: Urusan rumahtangga yang diuruskan oleh isteri seperti idea, dorongan dan lain-lain.

Bahagian harta sepencarian tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kadar sumbangan suami dan isteri. Namun jika suami dan isteri bersetuju untuk membahagikan secara sama rata atau mengikut pembahagian tertentu yang dipersetujui, pihak-pihak boleh mengesahkan perjanjian bersama tersebut di Mahkamah Syariah dan dijadikan sebagai Perintah.

Nota : Maklumat diatas diambil dari sumber berikut :
Wasiat – E-FARAID (mais.gov.my)

Konsultasi Hibah
(USE) Hibah Konsultasi

Isnin - Jumaat ( 9am - 4pm )
Rehat ( 1pm - 2pm ) 
Sebarang perubahan masa, agen kami akan menghubungi anda melalui maklumat yang diberi.

Hibah
Senarai Hibah*
Sila klik butang Kemaskini setelah selesai memasukkan semua maklumat yang berkaitan.
Hibah Info
DEFINISI HIBAH

Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

 

DALIL PENSYARIATAN HIBAH

 

Al-Quran

Firman Allah SWT:

 

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

 

Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)

 

Al-Hadis

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

تَهَادُوا تَحَابُّوا

 

Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)

 

RUKUN HIBAH
  • Pemberi hibah;
  • Penerima hibah;
  • Barang yang dihibah; dan
  • Sighah (lafaz akad hibah)

 

SYARAT PEMBERI HIBAH
  • Pemilik kepada barangan;
  • Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah; dan
  • Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.

 

SYARAT PENERIMA HIBAH
  • Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang tak sempurna akal atau OKU. Namun, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka;
  • Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat; dan
  • Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).

 

SYARAT BARANG YANG DIHIBAH
  • Wujud ketika hibah dibuat;
  • Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai; dan
  • Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.

 

SYARAT AKAD HIBAH
  • Ijab dan qabul; dan
  • Tidak bertempoh.

 

KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAH

Hukum Syarak memberikan kebebasan kepada pemilik harta untuk melakukan pemberian tanpa terikat kepada kadar tertentu. Bahkan, menurut ijmak, adalah harus bagi pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya.

 

Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak sebagaimana hadis daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

اتَّقوا اللهَ، واعدِلوا بين أولادِكم

 

Yang bermaksud: “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t., dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu.” (Riwayat al-Bukhari)

 

ELEMEN QABD DALAM HIBAH

 Qabd adalah tindakan penerima hibah untuk menerima serahan, memegang atau menguasai barang yang dihibahkan oleh penghibah dan menjadikan barang itu milikannya. Qabd merupakan keperluan kepada hibah itu berkuatkuasa dan penerima hibah melakukan tasarruf.

 

HIBAH SEMASA MARAD AL-MAUT

Pemberi hibah yang melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris. Ini memberi maksud bahawa hukum wasiat adalah terpakai.

 

Sekiranya diberikan kepada ahli waris sama ada kurang dari satu pertiga atau lebih maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.

 

PEMBATALAN HIBAH

Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima hibah. Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan. Ia sebagaimana hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

 فإنَّ العائدَ في هبتِه كالكلبِ يعودُ في قيئِه

 

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Riwayat al-Bukhari)

 

Namun, para fuqaha’ memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah daripada seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

لا يَحِلُّ للرجُلِ أنْ يُعطِيَ العَطِيَّةَ، فيَرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي ولَدَه

 

Yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya.” (Riwayat Abu Daud)

 

Nota : Maklumat diatas diambil dari sumber berikut :
Wasiat – E-FARAID (mais.gov.my)

Buka Fail
Nama si Mati*
No Kad Pengenalan si Mati*
Jantina si Mati*
Tarikh Lahir*
Tarikh Meninggal Dunia*
Nama Pemohon*
No Kad Pengenalan Pemohon*
Hubungan dengan si Mati*
Urus Pusaka Info

Harta pusaka ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati meliputi harta alih dan tidak alih seperti tanah, rumah, wang tunai, saham, kenderaan dan lain-lain lagi. 

Langkah yang kami sarankan anda lakukan sekira ada pusaka ahli keluarga yang masih belum mula atau belum selesai:

  1. Lantik seorang waris untuk menjadi pemohon
  2. Sediakan Sijil Kematian simati
  3. Sediakan Salinan Kad Pengenalan waris-waris simati
  4. Sediakan salinan dokumen harta  tak alih
  5. Sediakan salinan dokumen harta alih

Apa yang Pewarisan.com sediakan dengan Pakej Urus Pusaka?

  1. Modul online untuk memudahkan anda menyenaraikan maklumat simati:  Waris, Harta, Hutang dan Hasrat
  2. Komuniti digital  pewarisan.com secara PERCUMA
  3. Menyediakan modul permohonan urus pusaka yang mengandungi:
    • Kalkulator pengiraan faraid simati
    • Daftar senarai harta
    • Daftar senarai hutang
  4. Menyediakan khidmat mendaftar pemohonan pusaka ke pejabat pusaka kecil (JKKPTG)
  5. Mencetak dokumen:
    • Rujukan permohonan pusaka
    • Borang A
    • Panduan penghantaran permohonan pusaka dan senarai semak dokumen

Proses selanjutnya boleh dilakukan oleh pemohon sendiri. 

Jika memerlukan khidmat pakar, Pewarisan.com boleh menyediakan bantuan dengan bayaran tambahan mengikut skop kerja.

Langkah penyediaan Dokumen Urus Pusaka :

  1. Langgan Pakej Urus Pusaka bernilai RM500
  2. Isikan maklumat yang diperlukan melalui Modul Urus Pusaka yang telah disediakan di Pewarisan.com
  3. Setelah maklumat lengkap, pihak Pewarisan akan membuat permohonan Urus Pusaka di JKPTG untuk harta yang bernilai RM2 juta kebawah (dengan pihak hartanah)
  4. Pewarisan akan menyediakan khidmat nasihat dan rujukan bagi kes-kes yang memerlukan khidmat pakar atau guaman
  5. Untuk bantuan khidmat pakar/guaman, bayaran tambahan diperlukan (Sebut harga akan diberikan berdasarkan kes)
Konsultasi
(USE) Konsultasi Urus Pusaka

Isnin - Jumaat ( 9am - 4pm )
Rehat ( 1pm - 2pm ) 
Sebarang perubahan masa, ejen kami akan menghubungi anda melalui maklumat yang diberi.