Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. (“PDPA”)
Dengan mendaftar di Pewarisan.com, anda bersetuju dengan Polisi Privasi kami.
Klik disini untuk Polisi Privasi kami
Sila kemaskini maklumat anda dan muat-naik salinan Kad Pengenalan.
Pastikan semua maklumat lengkap dan tepat.
Maklumat ini akan digunakan untuk menyediakan dokumen pewarisan anda seperti Surat Wasiat, Perisytiharan Harta Sepencarian dan Hibah.
Anda boleh memilih cara pebahagiaan harta pusaka anda secara Faraid atau samarata. Jika anda memilih secara samarata, anda perlu mendapatkan persetujuan semua waris.
Sila dapatkan senarai waris yang layak dan pembahagiannya mengikut Faraid
Senaraikan waris yang layak mengikut pengiraan Faraid.
Masukan bilangan waris anda yang masih hidup
Sila senaraikan semua waris yang berhak mengikut Faraid dan kemaskini maklumat serta muat-naik salinan kad pengenalan.
Untuk mendapatkan senarai waris yang berhak, sila gunakan kalkulator faraid yang disediakan. Hanya waris yang masih hidup semasa Pewasiat meninggal dunia akan dikira.
Pastikan anda kemaskini maklumat ini jika ada waris yang meninggal dunia kerana ianya akan membuat perubahan kepada pengiraan faraid.
Jika waris tersebut meninggal dunia SEBELUM Pewasiat meninggal dunia, waris tersebut tidak termasuk sebagai waris yang layak.
Jika waris tersebut meninggal dunia SELEPAS Pewasiat meninggal dunia, waris tersebut akan dikira sebagai waris yang layak.
Anak angkat TIDAK dikira sebagai waris yang berhak.
Anak angkat hanya boleh menerima harta pusaka jika siMati ada meninggalkan wasiat dan membuat pembahagian kepada anak angkat tersebut.
Pembahagian harta pusaka melalui wasiat kepada bukan waris tidak boleh melebihi 1/3 dari jumlah harta pusaka siMati.
Wasi adalah orang yang dilantik oleh pemilik harta untuk untuk mentadbir harta pusaka selepas pemilik harta meninggal dunia.
Anda boleh melantik sehingga 4 orang Wasi dari kalangan ahli keluarga anda atau orang yang anda percayai.
Tanggungjawab wasi dalam urusan harta pusaka adalah:
Wasi juga perlu tahu:
Jika anda mempunyai anak dibawah umur atau OKU , anda perlu melantik satu atau dua orang sebagai penjaga harta, sehingga anak itu mencapai umur 18 tahun.
Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam,
Bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.
Jika bapa tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur.
Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.
Sebaik-baiknya Suami melantik Isteri sebagai penjaga harta anak-anak yang masih dibawah umur.
Seksyen 94. Orang yang berhak kepada penjagaan.
(1) Sungguhpun hak terhadap hadanah atau penjagaan anak mungkin terletakhak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri, dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang daripada yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-
(a) datuk lelaki sebelah bapa;
(b) wasi yang dilantik menurut wasiat bapa;
(c) wasi kepada wasi bapa;
(d) wasi datuk lelaki sebelah bapa;
(e) wasi kepada datuk sebelah bapa;
dengan syarat bahawa dia adalah seorang Islam, dewasa, siuman dan boleh dipercayai.
(2) Bapa hendaklah mempunyai, pada setiap masa, kuasa yang terbesar untuk membuat, melalui wasiat, pemindahan sebagaimana yang difikirkan paling sesuai sehubungan dengan penjagaan anak-anaknya yang belum dewasa dan pemeliharaan kepentingan mereka, dengan syarat bahawa dia adalah berkuasa penuh ke atas seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.
(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika had-had dan syarat-syarat bagi suratcara yang meletakkan harta pada kanak-kanak dengan nyata tidak membenarkan orang yang tersebut di dalamnya daripada menjalankan apa-apa penjagaan ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.
(4) Bagi maksud penjagaan ke atas diri dan harta, seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak melainkan dia telah genap umur lapan belas tahun.
(5) Walau apapun peruntukan-peruntukan di atas, kebajikan anak hendaklah diutamakan dalam menentukan penjagaan kanak-kanak dan hartanya.
Senaraikan semua harta-harta anda.
Harta alih ialah harta yang bukan dalam bentuk tanah ataupun rumah. Ia adalah seperti:
Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Contohnya ialah:
Pembahagian Harta bolehlah dilakukan menggunakan 3 kaedah.
1. Harta Sepencarian
Anda hanya boleh buat pemberian dibawah Harta Sepencarian kepada pasangan anda sahaja.
2. Hibah
Hanya harta yang bebas hutang sahaja yang boleh dihibahkan.
Anda boleh membuat pemberian Hibah kepada sesiapa sahaja seperti isteri, anak, anak angkat, saudara, rakan dan lain-lain.
3. Wasiat
Anda boleh mewasiatkan sehingga 1/3 dari harta anda sebagai Wakaf/Sedekah atau pemberian kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tiri dan lain-lain.
Senaraikan semua hutang-hutang anda.
Senarai semak:-
Senaraikan semua hutang-hutang oleh individu atau organisasi kepada anda.
Ini akan memudahkan waris anda untuk mendapatkan hutang-hutang tersebut.
Senaraikan semua Skim Khairat yang anda sertai samaada melalui masjid, tempat kerja, skim takaful dan lain-lain.
Dengan adanya senarai ini akan memudahkan urusan keluarga anda nanti.
Sila semak dari pada senarai berikut:-
1. Khairat Masjid setempat
2.Tabung Haji ((Syarat simati ahli/mencarum di TH)
3. Perkeso (Syarat si mati ahli/pernah mencarum )
4. KWSP (Syarat ahli/pencarum KWSP)
5. Pembayar Zakat ( pembakar Zakar PPZ atau lain-lain)
6. Bantuan Mengurus Jenazah JPA) (Syrat: Pesara Kakitangan Awam)
7. Bank Rakyat (Syarat – ada akaun Bank Rakyat)
8. Maybank ( Syarat : Akaun individu sahaja)
9. ASNB ( (Syarat: ikut baki pelaburan terakhir)
10. Bantuan Keluarga Malaysia (Skim Khairat Kematiaan (SKK) layak bagi Kategori Isu Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada pasangan sahaja)
11. Skim Takaful (semak dengan skim takaful yang di langgan)
12. Persatuan/Koperasi
13.Pemegang Kad Kredit Islamic (semak dengan bank)
Contoh:
Senaraikan semua Skim Takaful yang anda sertai.
Dengan adanya senarai ini akan memudahkan urusan keluarga anda nanti.
Contoh :
Senaraikan orang-orang yang perlu dihubungi oleh waris apabila berlaku kematian.
Ini akan memudahkan urusan keluarga anda.
Contoh: