fbpx
BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid
Norhanisah bte Johar
April 14, 2020
BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid

JOM memahami asas faraid dari mula PENENTUAN HAK PERWARISAN sehingga PEMBAHAGIANNYA.

dengan memiliki senaskhah BUKU FARAID MUDAH FAHAM

“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut dari umatku.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

Umat Islam di Malaysia amat digalakkan untuk mempelajari ilmu faraid yang merupakan asas dalam pembahagian harta pusaka orang Islam dan terpakai dalam undang-undang pentadbiran pusaka orang Islam di Malaysia.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan pembahagian pusaka yang tidak betul dan meletakkan hak orang lain kepada orang-orang yang tidak berhak sekaligus mengakibatkan berlakunya perpecahan keluarga kerana salah faham, salah tafsiran, salah perhitungan dan sebagainya.

Pentingnya mempelajari ilmu faraid ini adalah supaya kita tidak:

 Terpedaya dengan hasutan syaitan
 Tersilap mengambil hak orang lain yang disangka hak kita
 Bergaduh/berbalah bertelingkah sesama saudara sendiri
 Terkhilaf mengambil pandangan
 Salah faham yang cenderung kepada Islamofobia
 Memakan harta yang batil
 Mewariskan harta batil kepada waris kita dan
 Mengambil masa yang lama untuk menguruskan pusaka ahli keluarga yang telah mati

Salah Faham: Faraid Rigid

Antara salah faham yang popular dalam kalangan masyarakat Islam adalah Faraid merupakan satu ilmu yang rigid pada pembahagiannya. Tidak boleh diubah dan tidak boleh disesuaikan dengan situasi.


Salah Faham: Faraid Tidak Adil Kepada Wanita

Ekoran daripada salah faham yang semakin membarah dalam kalangan masayarakat Islam di Malaysia ini yang mendorong kepada ketakutan kepada hukum faraid. Maka berpusu-pusu membuat hibah secara pindah milik terus atau deklarasi walaupun tiada keterdesakan untuk melakukannya yang akhirnya mengundang masalah lain yang tidak disangkakan seperti tiada harta pusaka yang boleh digunakan untuk membayar hutang si mati dan dihalau dari rumah setelah dihibahkan.


HENTIKAN SALAH FAHAM INI!KATAKAN TIDAK KEPADA ISLAMOFOBIA

Dapatkan segera buku



Buku ini ditulis seorang Peguam Syarie lulusan Sarjana Undang-undang dan Diploma lepasan Ijazah Syariah dan Amalan dari Universiti Teknologi Mara Malaysia. Pemahaman Faraid berdasarkan acuan Malaysia yang bersumberkan al-Quran dan sunah. Nota kuliah dirumuskan dalam bentuk jadual dan rajah dipadatkan di dalam buku ini.
Penulis berpengalaman melatih lebih 1000 Perancang Harta Pusaka Islam.Penulis juga berpengalaman mengurus tadbir harta pusaka orang Islam selama lebih 7 tahun.Penulis juga mahir dalam mendapatkan SIJIL AKUAN FARAID dari Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia.

Penulis pada hari ini berkongsi dengan semua tentang KONSEP ASAS yang PATUT DIKETAHUI OLEH SEMUA MUSLIM dalam ilmu perwarisan harta pusaka Islam.Konsep asas diterangkan dalam bahasa tahap menengah yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.Penulis juga menerangkan LANGKAH DEMI LANGKAH PENGIRAAN FARAID sehinggamendapat pecahan pusaka yang sempurna untuk semua waris.

Isi kandungan buku padat dengan1. Penerangan bergambar beserta jadual pembahagian

2. Kemahiran pengiraan langkah demi langkah

3. Jadual yang lengkap dan mudah difahami

4. Carta yang menarik

DAPATKAN SENASKHAH UNTUK DIRI ANDA DAN KELUARGA
Cara pantas untuk mengenalpasti waris dan kadar pembahagian sebelum mendapat sijil akuan faraid dari mahkamah syariah.Boleh dijadikan kit atau sumber rujukan ketika dalam pembincangan ahli keluarga dalam menguruskan pembahagian pusaka.

Sila kongsikan melalui


Penulis blog

Norhanisah binti Johar
Norhanisah binti Johar
Norhanisah Pidaus & Associates PLT
Kluang,
Johor
Kes mahkamah syariah, perceraian, nafkah, hadhanah, Harta Sepencarian, Harta Pusaka, Perintah Faraid, Wasiat, Hibah, Amanah Raya, Pusaka Kecil, Hibah, Amanah Raya dan lain-lain.
(Sebab 4) Kenapa Berwasiat: Memastikan senarai harta tak terlepas pandang oleh Waris.
(Sebab 4) Kenapa Berwasiat: Memastikan senarai harta tak terlepas pandang oleh Waris.
KES MAHKAMAH SYARIAH : LAFAZ CERAI-APA KENA BUAT?
KES MAHKAMAH SYARIAH : LAFAZ CERAI-APA KENA BUAT?
KES MAHKAMAH SYARIAH : TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN
KES MAHKAMAH SYARIAH : TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU’
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU'
Para Isteri Perlu Tahu….
Para Isteri Perlu Tahu....
eBook Prosedur A-Z Urus Cerai Sendiri
eBook Prosedur A-Z Urus Cerai Sendiri
Pengesat air mata janda
Pengesat air mata janda
Mudahkan faraid harta
Mudahkan faraid harta
Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat
Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh DiWasiatkan?
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh DiWasiatkan?
Hukum Orang Islam Membuat Wasiat Dari Perspektif Syarak
BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid
BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid