Hukum Orang Islam Membuat Wasiat Dari Perspektif Syarak
Hukum-Berwasiat

WASIAT merupakan instrumen utama dalam perancangan harta pusaka Islam. Penyediaan wasiat ini amat digalakkan kepada umat Islam terutamanya di Malaysia bagi memudahkan pengurusan harta pusaka dan juga bagi mengelakkan isu pertikaian harta pusaka kelak.

Secara umumnya, wasiat merupakan iqrar yang dibuat oleh seseorang semasa hayatnya mengenai perwarisan hartanya atau manfaat hartanya untuk dilaksanakan selepas kematiannya bagi tujuan yang baik menurut hukum syarak. Tafsiran ini digunakan di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam di negeri-negeri di Malaysia.

Perbuatan untuk membuat wasiat telah disyariatkan melalui al-Quran dan hadis-hadis. Pada peringkat permulaan Islam di Madinah, melalui surah al-Baqarah ayat 180, Allah telah memerintahkan umat Islam membuat wasiat untuk memberi harta kepada ahli keluarga terdekat kerana masyarakat arab jahiliyyah pada ketika itu cenderung untuk mewasiatkan hartanya kepada orang lain dengan tujuan riak dan mendapat kemasyuran. Pada ketika itu belum ada lagi hukum faraid

Disebabkan itu, Allah telah memerintahkan di dalam surah al-Baqarah ayat 180 seperti berikut:

“Kamu diwajibkan, apabila seorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”

Melalui ayat ini, Allah telah mewajibkan orang-orang yang bertaqwa yang mempunyai harta supaya berwasiat kepada ibubapa dan kaum kerabatnya menurut peraturan agama.

Para ulama berpendapat hukum wajib ini telah dimansuhkan apabila turunnya surah berkaitan hukum faraid iaitu Surah an-Nisa’. Surah ini telah secara khusus menerangkan tentang bahagian-bahagian yang berhak diterima oleh waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Penerangan berkaitan hukum faraid boleh diperolehi di dalam buku Faraid Mudah Faham.

Walaubagaimanapun, di dalam Surah an-Nisa’ masih  menerangkan tentang pelaksanaan bahagian faraid adalah sesudah wasiat si mati dilaksanakan dan sesudah hutang si mati dibayarkan.

Surah an-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud:

“… (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Surah an-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud:

“… sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Kedua-dua ayat ini menunjukkan, walaupun hukum wajib berwasiat telah mansuh, namun perbuatan membuat wasiat itu menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) oleh Islam selagi mana ianya tidak mendatangkan mudarat kepada waris-waris.

 Terdapat juga sejumlah hadis yang menggalakkan wasiat antaranya seperti berikut:

“Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinua”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Oleh itu, para ulama’ telah bersepakat bahawa wasiat tidak difardukan ke atas setiap orang tetapi hukum berwasiat bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu seperti contoh berikut:

WAJIB –            jika terdapat tanggungjawab syarie (zakat, haji dan fidyah puasa) dan hutang dengan manusia serta berasa bimbang jika harta habis sebelum hutang dunia dan akhirat tersebut belum dilaksanakan.

SUNAT –          jika berwasiat untuk kaum kerabat (buan waris faraid) yang memerlukan, orang miskin dan bagi tujuan kebajikan kepada jalan Allah.

HARUS –          jika berwasiat kepada sahabat handai dan orang kaya yang bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh.

MAKRUH –      jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris yang ramai yang memerlukan harta.

HARAM –         jika berwasiat kepada perkara yang haram.

Sebagai seorang muslim di Malaysia, menjadi satu keperluan untuk menyediakan wasiat bagi memastikan harta pusaka yang bakal ditingkalkan nanti dapat diurus dengan baik. Menyediakan wasiat menjadi perkara yang wajib bilamana terdapat tanggungjawab syarie (zakat, haji dan fidyah puasa) dan hutang dengan manusia serta berasa bimbang jika harta habis sebelum hutang dunia dan akhirat tersebut belum dilaksanakan manakala sunat berwasiat bagi tujuan kebajikan kepada jalan Allah.

Sila kongsikan melalui


Penulis Blog

Untitled-design-11
Norhanisah Binti Johar
Norhanisah Pidaus & Associates PLT
Kluang,
Johor
Kes mahkamah syariah, perceraian, nafkah, hadhanah, Harta Sepencarian, Harta Pusaka, Perintah Faraid, Wasiat, Hibah, Amanah Raya, Pusaka Kecil, Hibah, Amanah Raya dan lain-lain.
khairat-2
Khairat Itu Suatu Keperluan Untuk Semua
BLOG
Apa Boleh Jadi Kalau Tiada Wasiat
hyda cover
Pengesat Air Mata Janda
swing1
APA JADI SELEPAS ANDA MENINGGAL DUNIA?
buku faraid
BUKU FARAID MUDAH FAHAM - Fahami asas faraid dari mula PENENTUAN HAK PERWARISAN sehingga PEMBAHAGIANNYA.
pembahagian-harta
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh DiWasiatkan?
father-son
Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat
hm121faraid
Mudahkan faraid harta
cover-dpn-product-preview-2
eBook Prosedur A-Z Urus Cerai Sendiri
mahkamah_1548231064
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU'

Login ke Laman Ahli

Daftar sebagai Ahli
(USE) Alya - Rancang
 
Assalamualaikum.
Saya Alya, perunding maya anda. 

Alya akan bantu untuk daftarkan anda sebagai ahli dan mulakan perancangan pewarisan anda secara Online dengan PERCUMA.

Boleh Alya dapatkan nama panggilan anda?
contoh : Abg Din, Kak Timah, Puan Anisah, Haji Jamal, Dato Karim, Datin Salwa...

Jika Bapa tiada, Datuk sebelah Bapa menjadi Waris Gantian

Jika Ibu tiada, Nenek sebelah Bapa dan Ibu menjadi Waris Gantian

Jika Anak tiada, Cucu dari Anak Lelaki akan jadi Waris Gantian

Jika ada Waris Lelaki (Bapa, Anak Lelaki atau Cucu Lelaki dari Anak Lelaki, Waris yang lain seperti Adik beradik, akan terhalang.

Jika tiada Waris Lelaki (Bapa, Anak Lelaki atau Cucu Lelaki dari Anak Lelaki, Waris Sisi, jika ada, akan mendapat bahagian.

Berdasarkan maklumat yang berikan, asas pembahagian faraid adalah seperti berikut:

Suami
1/2 jika tiada anak atau cucu dari anak lelaki
1/4 jika ada anak atau cucu dari anak lelaki

Isteri
1/4 jika tiada anak atau cucu dari anak lelaki
1/8 jika ada anak atau cucu dari anak lelaki

Jika ada lebih dari seorang Isteri, akan dibahagi samarata.
Contoh : Jika bahagian isteri ialah 1/8.
Sekiranya ada 2 isteri, setiap isteri akan dapat 1/16 setiap seorang.

Bapa
1/6
jika ada anak lelaki atau cucu lelaki dari anak lelaki.
1/6 Asobah jika ada anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki.
Asobah jika tidak mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki

Ibu
1/3
jika tiada ada anak atau cucu dari anak lelaki
ATAU tiada adik-beradik lelaki atau perempuan
1/3 dari Baki
jika hanya ada Ibu, Bapa Suami Atau Isteri

1/6 jika ada anak, cucu ATAU Adik-beradik
lelaki/perempuan.

Anak Lelaki
Asobah
jika tiada anak perempuan
Asobah bi Al-Ghairi
jika ada anak perempuan

Anak Perempuan
1/2
jika hanya seorang dan tiada anak lelaki
2/3 jika lebih dari seorang dan dan tiada anak lelaki
Asobah bi Al-Ghairi
jika ada anak lelaki

Datuk sebelah Bapa
1/6
jika ada anak lelaki atau cucu lelaki dari anak lelaki ATAU tidak ada Adik-beradik Seibu-sebapa
1/6 Asobah jika ada anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki ATAU tidak ada Adik-beradik Seibu-sebapa
Asobah jika tidak mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki

Nenek sebelah Bapa
1/6
jika tiada Ibu dan Nenek sebelah Ibu
1/12
jika tiada Ibu dan Ada Nenek sebelah Ibu

Nenek sebelah Ibu
1/6
jika tiada Ibu dan Nenek sebelah Bapa
1/12
jika tiada Ibu dan Ada Nenek sebelah Bapa

Cucu Lelaki dari Anak Lelaki
Asobah
jika tiada cucu perempuan dari anak lelaki
Asobah bi Al-Ghairi
jika ada cucu perempuan dari anak lelaki

Cucu Perempuan dari Anak Lelaki
1/2
jika hanya seorang dan tiada cucu lelaki dari anak lelaki
2/3 jika lebih dari seorang dan dan tiada cucu lelaki dari anak lelaki
Asobah bi Al-Ghairi
jika ada cucu lelaki dari anak lelaki

Saudara Kandung Lelaki

Saudara Kandung Perempuan

 

Saudara SeIbu Lelaki

Saudara SeIbu Perempuan

 

Saudara SeBapa Lelaki

Saudara SeBapa Perempuan

 

Penentuan dan pembahagian mengikut Faraid  akan disediakan dalam proses seterusnya...

Untuk daftar ahli baru, perlu logout dahulu. Terima kasih

Referrer :

Sila klik di sini untuk melihat Terma Perkhidmatan.

Hubungi Kami
Alya - Hubungi Kami
 
Assalamualaikum .

Apa yang Alya boleh bantu?

Sila laporkan kematian ahli Pewarisan.com yang telah meninggal dunia untuk mulakan proses Urus Pusaka.
Kami perlukan maklumat berikut:

  • Nama Ahli 
  • No Kad Pengenalan
  • Tarikh Meninggal Dunia


Kami akan menghubungi untuk proses seterusnya.

Sila laporkan kematian ahli Pewarisan.com yang telah meninggal dunia untuk mulakan proses Urus Pusaka.
Kami perlukan maklumat berikut:

  • Nama Ahli 
  • No Kad Pengenalan
  • Tarikh Meninggal Dunia


Kami akan menghubungi untuk proses seterusnya.

Sila nyatakan dengan lengkap untuk memudahkan Alya membuat tindakan susulan.

Pewarisan Sdn Bhd

22-2, Jalan Prima Setapak 3
Taman Setapak
53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Kemaskini Blog

Tajuk*
Kandungan
Gambar
Maximum file size: 256 MB

Kemaskini Berita

Tajuk*
Kandungan
Gambar
Maximum file size: 256 MB