fbpx
KES MAHKAMAH SYARIAH : LAFAZ CERAI-APA KENA BUAT?
Faiznur binti Ahmad Tarmizi
September 9, 2021
KES MAHKAMAH SYARIAH : LAFAZ CERAI-APA KENA BUAT?

Baru-baru ini saya telah mengadakan sesi konsultasi guaman bersama seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu melalui whatsApp video call. Asalnya pada malam sebelum tarikh konsultasi saya mendapat whatsApp daripada beliau yang ingin berkongsi permasalahan yang dihadapi.

Namun atas faktor saya ingin melihat secara bersemuka klien yang bertanya ini, saya nyatakan konsultasi dibuat secara atas talian.

Masalah yang ingin dikongsikan adalah mengenai lafaz cerai.Si isteri musykil lafaz yang dinyatakan oleh si suami, sama ada lafaz cerai tersebut berupa kinayah atau sebaliknya. Si suami pun sebenarnya dah lafaz sejak 6 bulan yang lalu tetapi si isteri ingatkan tiada apa-apa yang melibatkan hukum syarak sehinggalah sehari sebelum konsultasi guaman, si isteri ada berkongsi masalah dengan kakaknya.

Kakaknya mencadangkan untuk mendapatkan nasihat guaman. Daripada penceritaan klien ini sebenarnya rumahtangga bersama si suami sentiasa bergolak hatta disebabkan oleh masalah yang kecil. Si Suami pula apabila ada masalah akan keluar rumah beberapa hari (ada rumah lain tapi bukan berpoligami) untuk mengelakkan masalah dan tiada usaha untuk sama-sama perbaiki keadaan. Si suami suka trigger isteri dan pernah berkata tak pernah bahagia sejak berkahwin. Mengalir air mata si isteri ketika sesi konsultasi.

Si suami juga suka memarahi si isteri dan mengherdik si isteri di hadapan anak-anak sehingga anak pertama yang baru berusia 6 tahun telah pandai memarahi ibunya sendiri (si isteri). Betullah setiap apa yang ibu bapa lakukan akan mudah diserap oleh anak-anak.

SOLUSI

Saya nasihatkan supaya klien dapatkan pengesahan daripada suami apa tujuan dan niat si suami berkata sebegitu dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Pergilah ke Mahkamah Syariah sekiranya memang suami berniat talak. 

Sekiranya suami menafikan ada niat talak, tetapi si isteri ragu-ragu dengan jawapan suami, boleh juga pergi ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan kerana ada prosesnya seperti angkat sumpah. Angkat sumpah di hadapan Hakim Syarie.

Masa yang ada ini sebaiknya tidur berasingan sehinggalah telah dapat kepastian tentang niat si suami dan telah mendapatkan pengesahan daripada pihak Mahkamah Syariah.

Sekiranya ada lagi lafaz yang berupa talak, catat dan simpan rekod. Jangan tak ambil peduli kerana bab talak berkaitan hukum syarak.

Akhir sekali, saya nasihatkan si isteri fikirlah yang terbaik untuk kehidupan,fikirkan diri dan keadaan anak-anak serta dapatkan petunjuk daripada Allah. Keadaan yang dihadapi sebenarnya sedikit sebanyak telah menganggu emosi dan si isteri telah rujuk psikiatrik sejak tahun 2019. Dalam keadaan terlalu marah si isteri akan pukul anak-anak tanpa sedar.

Rasa simpati dengan keadaan yang si isteri hadapi. Isteri ini bukanlah untuk disakiti tetapi untuk dilindungi. Perasaan wanita ni halus.Sensitif.Apabila sayang,akan sayang sepenuhnya. Apabila dah tawar hati pujuklah macam mana pun, wanita itu tidak akan kembali.

Sila kongsikan melalui


Penulis blog

Faiznur binti Ahmad Tarmizi
Faiznur binti Ahmad Tarmizi
Tetuan Faiznur Ahmad Tarmizi
Klang,
Selangor
Peguam Syarie bertauliah dalam mengendalikan kes di Mahkamah Syariah dalam Negeri Selangor, Wilayah-Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Negeri Melaka, Negeri Perak dan Negeri Kelantan.
(Sebab 4) Kenapa Berwasiat: Memastikan senarai harta tak terlepas pandang oleh Waris.
(Sebab 4) Kenapa Berwasiat: Memastikan senarai harta tak terlepas pandang oleh Waris.
KES MAHKAMAH SYARIAH : LAFAZ CERAI-APA KENA BUAT?
KES MAHKAMAH SYARIAH : LAFAZ CERAI-APA KENA BUAT?
KES MAHKAMAH SYARIAH : TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN
KES MAHKAMAH SYARIAH : TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU’
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU'
Para Isteri Perlu Tahu….
Para Isteri Perlu Tahu....
eBook Prosedur A-Z Urus Cerai Sendiri
eBook Prosedur A-Z Urus Cerai Sendiri
Pengesat air mata janda
Pengesat air mata janda
Mudahkan faraid harta
Mudahkan faraid harta
Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat
Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh DiWasiatkan?
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh DiWasiatkan?
Hukum Orang Islam Membuat Wasiat Dari Perspektif Syarak
BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid
BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid