fbpx
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU’
Faiznur binti Ahmad Tarmizi
September 9, 2021
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU'

Baru-baru ini saya telah mengendalikan satu kes pengesahan ruju’ di sebuah Mahkamah Rendah Syariah dalam Negeri Selangor.

Keputusan kes tersebut telah menyebelahi anak guam saya iaitu selaku Plaintif atau pihak yang memfailkan tuntutan di Mahkamah.

Mahkamah Rendah Syariah tersebut memutuskan bahawa lafaz ruju’ yang dilafazkan oleh suami adalah sah dan mensabitkan ruju’ walaupun ketika prosiding perbicaraan suami menyatakan bahawa beliau dipaksa untuk melafazkan ruju’. Keputusan tersebut telah memberi kegembiraan kepada anak guam saya yang merupakan seorang isteri.

TAKRIFAN RUJU’ : 

Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, ruju’ bermaksud perkembalian kepada nikah yang asal.
Fuqaha Mazhab Syafi’e mendefinisikan ruju’ ialah mengembalikan isteri yang ditalak (bukan bain) kepada nikah semasa dalam iddah berdasarkan kaedah tertentu.

RUKUN RUJU’ ADA 3:

1- Rukun Pertama (Lafaz) : Perkataan yang memberi maksud berlakunya ruju’. 

Lafaz ruju’ terbahagi kepada 2 iaitu : Lafaz menggunakan perkataan soreh seperti “saya meruju’ kamu”, “saya ruju’ awak”, “saya ruju’ kamu kepada akad yang terdahulu” dan yang seumpamanya di mana perkataan soreh ini adalah jelas dan tidak membawa maksud lain melainkan ruju’ serta tidak perlu kepada niat.

Manakala lafaz menggunakan perkataan kinayah seperti “kamu isteri saya”, “kembali kepada saya” dan yang seumpanya merupakan lafaz yang samar-samar dan perlu kepada niat ruju’ kerana lafaz kinayah ini kemungkinan membawa maksud selain daripada ruju’.

2- Rukun Kedua (Suami) : Orang yang hendak meruju’ isteri hendaklah suami yang telah menceraikan isteri tersebut.

3- Rukun Ketiga (Isteri) : Isteri yang telah diceraikan dengan talak rajie dan bukan talak bain(tidak boleh diruju’) serta dalam tempoh iddah.

ADAKAH RUJU’ DENGAN PERKATAAN SOREH DIANGGAP SAH WALAUPUN DILAFAZKAN SECARA MAIN-MAIN DAN DENGAN NIAT UNTUK BERGURAU?

Seperti perceraian, ruju’ yang dilafazkan dengan perkataan soreh juga dianggap sah walaupun suami hanya melafazkan ruju’ tersebut secara main-main atau dengan niat untuk bergurau terhadap isteri. 

Perkara ini telah jelas di dalam hadith baginda SAW di mana mafhum hadith tersebut adalah :

“Tiga perkara jika dianggap benar ia menjadi benar dan jika dipermainkan ia juga menjadi benar : nikah, talak dan ruju’.”

CARA RUJU’ YANG BETUL?

Ramai yang keliru cara ruju’ yang sebetulnya. 

Ada pasangan melakukan ruju’ secara perbuatan iaitu mengadakan hubungan kelamin suami isteri tanpa mengucapkan lafaz ruju’ terhadap isteri terlebih dahulu.

Ada pasangan yang melakukan ruju’ dengan cara lafaz ruju’ terhadap isteri.

Menurut Mazhab As-Syafie, ruju’ yang sebetulnya adalah melalui lafaz. Iaitu suami mengucapkan atau melafazkan ruju’ terhadap isteri dalam tempoh iddah isteri dan bukannya melalui perbuatan.

APA YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA TELAH BERLAKU RUJU’ ANTARA SUAMI DAN ISTERI?

Pasangan suami isteri tersebut hendaklah melaporkan ke Pejabat Agama tempat bermastautin sekiranya tiada sebarang isu yang berbangkit. Sekiranya ada isu, suka saya nasihatkan pergilah ke Mahkamah Rendah Syariah untuk tuntutan pengesahan ruju’.

Semoga penulisan ini memberi manfaat. Sekian, Wassalam.

Sila kongsikan melalui


Penulis blog

Faiznur binti Ahmad Tarmizi
Faiznur binti Ahmad Tarmizi
Tetuan Faiznur Ahmad Tarmizi
Klang,
Selangor
Peguam Syarie bertauliah dalam mengendalikan kes di Mahkamah Syariah dalam Negeri Selangor, Wilayah-Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Negeri Melaka, Negeri Perak dan Negeri Kelantan.
(Sebab 4) Kenapa Berwasiat: Memastikan senarai harta tak terlepas pandang oleh Waris.
(Sebab 4) Kenapa Berwasiat: Memastikan senarai harta tak terlepas pandang oleh Waris.
KES MAHKAMAH SYARIAH : LAFAZ CERAI-APA KENA BUAT?
KES MAHKAMAH SYARIAH : LAFAZ CERAI-APA KENA BUAT?
KES MAHKAMAH SYARIAH : TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN
KES MAHKAMAH SYARIAH : TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU’
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU'
Para Isteri Perlu Tahu….
Para Isteri Perlu Tahu....
eBook Prosedur A-Z Urus Cerai Sendiri
eBook Prosedur A-Z Urus Cerai Sendiri
Pengesat air mata janda
Pengesat air mata janda
Mudahkan faraid harta
Mudahkan faraid harta
Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat
Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh DiWasiatkan?
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh DiWasiatkan?
Hukum Orang Islam Membuat Wasiat Dari Perspektif Syarak
BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid
BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid