fbpx

Para Isteri Perlu Tahu….

Apa akan terjadi jika suami meninggal dunia tanpa membuat Dokumen Pewarisan. Suami/Isteri patut tahu dan mula merancang demi keluarga tersayang

Apa terjadi jika pasangan kita meninggal dunia?

Sebagai contoh : Sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kedua ibubapa suami masih ada.

Apabila suami meninggal dunia, pembahagian mengikut faraid adalah:

☑️ Bapa suami – 12/72
☑️ Ibu suami – 12/72
☑️ Isteri – 9/72
☑️ Anak Lelaki – 26/72
☑️ Anak Perempuan – 13/72

Bahagian isteri atas harta pusaka suami ialah 1/8 atau 12.5%
Isteri juga bukan penjaga harta untuk anak-anak yang dibawah umur.

Ini bermakna, bapa suami (atau saudara lelaki sebelah suami) akan menjadi penjaga kepada harta dari bahagian anak-anak sehingga mereka berumur 18 tahun.


✳️ APA AKAN TERJADI ?

Rumah yang telah disediakan oleh suami untuk anak dan isterinya kini tidak menjadi hak isteri sepenuhnya.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila ibu/bapa mertua meninggal dan bahagian harta tersebut diwarisi oleh ahli keluarga sebelah suami.

Ini adalah antara sebab kenapa banyak berlaku perebutan dan persengketaan dalam hal pembahagian harta pusaka.

😭 Akhirnya rumah tidak dapat ditukar-milik atau terpaksa dijual.


✳️ BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA?

1️⃣ Kita perlu tahu siapa waris yang berhak keatas harta pusaka kita dan pembahagiannya mengikut faraid.
Pengiraan secara online boleh dibuat di laman web kami dengan PERCUMA.

2️⃣ Perlu membuat Surat Wasiat, dimana Wasi atau Pemegang Amanah akan dilantik. Tanpa surat wasiat dan perlantikan Wasi, proses untuk menguruskan harta pusaka akan menjadi rumit dan mengambil masa yang panjang.

3️⃣ Jika ada anak dibawah umur, perlu melantik Penjaga Harta untuk anak-anak tersebut. Sebaik-baiknya lantiklah ibu kandung sebagai Penjaga Harta anak-anak.

4️⃣ Sediakan Surat Perisytiharan Harta Sepencarian. Dengan surat ini, apabila berlaku kematian pada isteri atau suami, harta tersebut akan diserahkan kepada pasangan yang masih hidup.

5️⃣ Sediakan Surat Perisytiharan Hibah jika ingin membuat pemberian kepada sesiapa yang dikehendaki seperti kepada isteri, anak atau anak angkat.


✴️ Surat Wasiat, Surat Perisytiharan Harta Sepencarian dan Surat Perisytiharan Hibah, semua ini boleh dibuat sendiri secara online. Cukup mudah, cepat dan yang paling penting kos yang jauh lagi murah jika dibandingkan melalui peguam atau syarikat pengurusan harta pusaka.

✴️ Aplikasi ini adalah hasil gabungan pakar IT, Peguam Syarie dan Pakar Urus Pusaka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pembangunan Perisian, Perundangan Islam dan Pengurusan Harta Pusaka.

Klik Disini untuk dapatkan Lapuran Pewarisan khusus untuk anda dengan hanya jawab beberapa soalan secara online (tidak perlu beri nama, emel atau nombor telefon).
Cukup mudah untuk memahami serta mengetahui bagaimana ianya releven kepada anda dan keluarga.

Lagi Artikel menarik

Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat

Jika suami tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

Norhanisah

Penasihat Syariah Pewarisan.com

Kenali Penasihat Syariah kami, Puan Norhanisah bte Johar, seorang peguam yang mempunyai berpengalaman luas dalam bidang guaman sivil dan syarie.

Para Isteri Perlu Tahu….

Apa akan terjadi jika suami meninggal dunia tanpa membuat Dokumen Pewarisan. Suami/Isteri patut tahu dan mula merancang demi keluarga tersayang

Sila LIKE FB page kami

Sila kongsikan melalui


Scroll to Top