(Sebab 4) Kenapa Berwasiat: Memastikan senarai harta tak terlepas pandang oleh Waris.
W4

Reading time: 2 min

Dengan berwasiat, ia ,memastikan semua harta pusaka anda di dalam pengetahuan waris-waris. Ramai yang memandang ringan perkara ini, dengan anggapan ia takkan terjadi. Paling banyak ramai beranggapan “harta tak banyak mana pun”.

Tapi realitinya, banyak harta yang terbiar begitu saja, tanpa waris melakukan apa-apa ke atas harta pusaka si mati. Kita ambil contoh mudah. Jika tuan berkelapangan, pergi saja ke Jabatan Perkaunan Negara, bahagian Wang tak di tuntut (Unclaim money). Gunakan KP tuan sendiri, dan semak samada ada wang yang tak di tuntut tanpa tuan sedari. Tuan mungkin dapat durian runtuh! Tapi bayangkan, kalau semasa hidup tuan tak tau/sedar yang ada wang sendiri yang tak di tuntut, apakah bila tuan sudah tiada, adakah waris tuan tau tentang wang sebegini atau harta-harta lain. Hakikatnya jika tuan tak mendokumentasi kan tentang harta tuan, ia mudah terlepas pandang. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. “Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwaasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya” (Hadis Riwayat Muslim) . Pada penulis, hadis ini tekankan pentingnya mendokumentasi segala urusan.

Kami ada uruskan satu kes di mana pihak waris mohon di uruskan kes tanah arwah yang meninggal pada tahun 70’an. Kes bermula apabila ada pembeli ingin mengusahakan tanah tersebut dan membuat carian di pejabat tanah. Bayangkan selama setengah abad tiada waris yang sedar tentang keujudan harta tersebut. Bila telah lama harta pusaka tak diuruskan, ia menimbulkan banyak masaalah lain. Cukai tanah tak berbayar selama tempoh tersebut. Ada antara waris faraid telah juga meninggal, dan kini telah berlapis-lapis. Waris asal yang hanya beberapa orang, kini telah jadi berpuloh nama. Kos untuk urusan pun jadi lebih tinggi. Setelah di tolak kos pengurusan, bayaran cukai tertunggal, berapa sangat yang terbaki untuk di agihkan. Kalau bukan disebabkan ada pihak yang hendak mengusahakan tanah tersebut, dah pasti ia jadi sebagian statistik harta terbeku yang terus meningkat tahun ke tahun.

Bagi yang beranggapan “harta tak banyak mana pun”, jangan lah kita tidak mensyukuri nikmat Allah. Pertamanya kita kena faham apa definasi harta pusaka itu sendiri. Ia sebenarnya termasuk semua peninggalan apabila telah meninggal. Untuk memudahkan biasanya di kategorikan kepada Harta Mudah Alih, dan Harta tak Mudah Alih. Jadi pada amnya semua benda boleh dikira harta. Ada lagi satu kategori yang ramai tak ambil kira, iaitu Harta Sentimental.

Cuba kita buat stock-take anugerah Allah yang telah diberikan selama ini. Kita mula dengan senaraikan harta Tidak-alih, lebih mudah sebab biasanya tak berapa banyak – tanah, rumah, apartment. Kemudian kita senaraikan pula harta mudah alih, akaun-akaun bank, Tabung Haji, ASB/ASN, KWSP, saham, cincin, gelang, set pinggan mangkok (kalau nak lah 🙂 ) dan lain-lain.

Untuk lebih mudah, gunakan aplikasi online Pewarisan, untuk buat perancangan. Dengan sistem kami, tuan dapat menyenaraikan semua harta-harta tuan yang dapat dimanfaatkan oleh waris kemudian hari. Ini dibuat secara digital, jadi tuan boleh kemaskini dengan mudah pada bila-bila masa – tak perlu buat secara rushing, take your time, do at your own pace. Senarai check-list kami pastinya akan dapat membantu tuan untuk membuat senarai yang lengkap. Tiada caj dikenakan untuk membuat perancangan.

Mulakan perancangan di https://pewarisan.com/ref/217

Selamat mencuba!

Sila kongsikan melalui


khairat-2
Khairat Itu Suatu Keperluan Untuk Semua
BLOG
Apa Boleh Jadi Kalau Tiada Wasiat
hyda cover
Pengesat Air Mata Janda
swing1
APA JADI SELEPAS ANDA MENINGGAL DUNIA?
buku faraid
BUKU FARAID MUDAH FAHAM - Fahami asas faraid dari mula PENENTUAN HAK PERWARISAN sehingga PEMBAHAGIANNYA.
pembahagian-harta
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh DiWasiatkan?
father-son
Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur Adalah Hak Eksklusif Bapa Dalam Wasiat
hm121faraid
Mudahkan faraid harta
cover-dpn-product-preview-2
eBook Prosedur A-Z Urus Cerai Sendiri
mahkamah_1548231064
KES MAHKAMAH SYARIAH : PENGESAHAN RUJU'
Daftar sebagai Ahli. Keahlian adalah PERCUMA
(USE) Alya - Daftar

Ref :

Hubungi Kami
Alya - Hubungi Kami
 
Assalamualaikum .

Apa yang Alya boleh bantu?

Sila laporkan kematian ahli Pewarisan.com yang telah meninggal dunia untuk mulakan proses Urus Pusaka.
Kami perlukan maklumat berikut:

  • Nama Ahli 
  • No Kad Pengenalan
  • Tarikh Meninggal Dunia


Kami akan menghubungi untuk proses seterusnya.

Sila laporkan kematian ahli Pewarisan.com yang telah meninggal dunia untuk mulakan proses Urus Pusaka.
Kami perlukan maklumat berikut:

  • Nama Ahli 
  • No Kad Pengenalan
  • Tarikh Meninggal Dunia


Kami akan menghubungi untuk proses seterusnya.

Sila nyatakan dengan lengkap untuk memudahkan Alya membuat tindakan susulan.

Pewarisan-Logo-1-4.png
Pewarisan Sdn Bhd (1390056-P)

22-2, Jalan Prima Setapak 3
Taman Setapak
53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Kemaskini Blog

Tajuk*
Kandungan
Gambar
Maximum file size: 256 MB

Kemaskini Berita

Tajuk*
Kandungan
Gambar
Maximum file size: 256 MB