fbpx

Soalan Lazim

Antara sebab kita menyediakan Dokumen Pewarisan adalah untuk memudahkan urusan waris selepas ketiadaan kita. Penyediaan Dokumen Pewarisan sebenarnya adalah proses mendokumentasikan kedudukan kewangan dan harta anda, dan bagaimana anda mahu ianya di uruskan sekiranya anda tiada lagi.

Kebanyakan kita mempunyai akaun KWSP, Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Akaun Bank, pinjaman rumah/kereta/kad kredit dan lain-lain; semua aset dan hutang anda.  Semua itu perlu diuruskan oleh waris. Tanpa Dokumen Pewarisan, urusan menjadi rumit dan mengambil masa.

Permudahkan urusan mereka.

Aplikasi Pewarisan di bangunkan atas kesedaran ramai orang Melayu Islam yang tidak berwasiat. Aplikasi kami dibangunkan dengan tujuan mengelakkan sebab-sebab utama orang tak berwasiat, dengan mengutamakan ciri-ciri berikut:-

  • Tidak perlu mendedahkan senarai harta dan bagaimana ianya akan di agihkan, kepada pihak lain.
  • Mudah di gunakan
  • Kos yang amat berpatutan

Kami di Pewarisan.com amat mementingkan keselamatan data, dan kami melanggan sepenuhnya kepada prinsip PDPA. Data yang tuan masukkan kedalam sistem kami di jamin selamat sepenuhnya dan tidak mudah dapat di bolosi oleh mana-mana pihak. Disamping itu, kami juga melakukan "back-up" untuk data yang tuan masukkan secara berkala untuk memastikan maklumat tidak hilang jika apa-apa yang tidak di ingini terjadi.

Aplikasi yang Pewarisan.com bangunkan adalah dengan merujuk kepada nasihat dari perunding dan Penasihat Syariah kami. Beliau mempunyai pengalaman yang meluas didalam bidang ni dengan lebih 11 tahun berurusan dengan kes-kes yang di bawa ke mahkamah dan penyediaan beribu surat Wasiat, Hibah dan Harta Sepencarian. Aplikasi ini di bangunkan dengan menggambil kira supaya kes-kes yang terjadi di Mahkamah dapat di elakkan.

Aplikasi yang di bangunkan mengambil kira apa yang perlu di lakukan selepas kematian Pewaris. Misalnya, pelantikan Wasi disarankan lebih dari seorang, untuk megurangkan risiko ketiadaan Wasi nanti. Wasi berperanan penting di mana beliau akan memastikan pengendalian (execution) akan di jalankan sebaiknya. Satu output dari penyediaan Dokumen pewarisan ini ialah ia akan menyenaraikan apa yang Wasi perlu lakukan. Beliau boleh juga mengupah kepada pihak lain yang menyediakan perkhidmatan ini, sekiranya berasa tidak mempunyai masa untuk menguruskannya nanti;  atau boleh lakukannya sendiri mengikut garis panduan yang kami akan sediakan.

Kami di Pewarisan bertekad untuk membolehkan lebih ramai orang berWasiat  supaya Harta Terbeku orang Melayu/islam tidak terus meningkat. Untuk itu, kami menawarkan pakej Dokumen Pewarisan pada kadar yang amat rendah dengan hanya RM330 sahaja. Harga ini termasuk penyediaan secara online 3 dokumen penting (Surat Wasiat, Peristiharaan Harta Sepencarian, Peristiharaan Hibah)

Sila kongsikan melalui


Scroll to Top
Ada pertanyaan?