KENAPA PEMBAHAGIAN PUSAKA PERLU DISEGERAKAN
Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku :
- Memakan dan menguasai harta dengan cara yang batil.
- Hutang si mati tidak dapat dijelaskan.
- Wasiat tidak disempurnakan dengan segera.
- Bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis.
- Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar.
- Harta tidak terurus dan terbiar.
- Urusniaga tidak dapat dijalankan kerana masih berdaftar atas nama simati.
- Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya.