
MoU dengan Siddiq
Setapak – 4 April
Satu MoU telah di tandatangani bersama oleh Siddiq dan Pewarisan. Ini berikutan beberapa sesi perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini. Dengan perjanjian ini, Siddiq, pada peringkat awal, akan memberikan perkhidmatan Infaq melalui saluran platform Pewarisan.
Dari perbincangan yang telah diadakan kedua-dua pihak bersetuju untuk menyergamkan senarai perkhidmatan yang boleh dibangunkan dan di tawarkan bersama kepada pihak masjid yang berminat. Satu lagi sesi perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat tentang kaedah pemasaran yang dapat dipersetujui bersama.