Kuala Lumpur | 22 Okt 2022

 

Kotamas (Koperasi Telekom Malaysia Berhad) hari ini menanda-tangani MoU dengan Pewarisan (Pewarisan Sdn Bhd) . Dengan MoU ini, Kotamas akan menawarkan produk-produk Pewarisan kepada ahli koperasi Kotamas , kakitangan Kotamas dan Kakitangan TM. Ini termasuk pakej Pewarisan iaitu Wasiat, Hibah dan Perisytiharan Harta Sepencarian, dan pakej Urus Pusaka.

 

Dengan sistem Pewarisan, pengguna dapat memulakan perancangan pewarisan secara percuma, dan dapat menyediakan dokumen-dokumen pewarisan yang sah dengan mudah, murah dan tanpa perlu melalui perunding pusaka.

 

Sempena perjanjian ini, untuk tempoh terhad, Pewarisan menawarkan kepada kakitangan Kotamas dan TM buy-1-get-1-free, untuk pembelian pakej Perancangan Pewarisan. 

Similar Posts