Kuala Lumpur, 10 Februari 2023

Jumaat hari ini merupakan hari terakhir pelajar-pelajar menjalani Latihan Industri di Pewarisan Sdn Bhd. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pelajar tersebut kerana telah menamatkan Latihan Industri di Pewarisan Sdn Bhd. Dengan itu, majlis perpisahan telah diadakan sempena menghargai sumbangan yang telah diberikan sepanjang mereka menjalani Latihan Industri selama 24 minggu di Pewarisan Sdn Bhd.

Sepanjang pelajar-pelajar ini menjalani latihan industri, mereka telah diberi pendedahan tentang realiti dunia sebenar alam pekerjaan. Melalui latihan industri ini, pihak Pewarisan berharap pelajar-pelajar tersebut dapat meningkatkan dan mempraktikkan kemahiran yang diberikan sebagai langkah persediaan bagi pelajar memulakan profesion kemudian.

Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Kamarulnizam mewakili seluruh warga Pewarisan Sdn Bhd merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih, semoga terus maju dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Similar Posts