
Perbincangan dengan Lyndung Sdn Bhd
Setapak, 16 Januari 2024.
Satu perbincangan awal telah diadakan di antara syarikat Pewarisan dan Lyndung Sdn Bhd dengan tujuan kerjasama yang boleh memanfaatkan kedua-dua entity.
Lyndung menyediakan program perkongsian komuniti patuh Syariah untuk bil perubatan, yang merupakan satu alternatif inovatif kepada skim Kad Medical. Didalam suasana sekarang dimana kurang dari 22% rakyat Malaysia dilindungi dengan skim perubatan, skim yang dibangunkan oleh Lyndung pastinya satu pilihan yang patut difikirkan oleh rakyat marhaen, lebih-lebih lagi dengan kos yang lebih rendah.
Aplikasi Lyndung akan boleh diakses di MasjidNetwork apabila ianya dilancarkan nanti, insyaAllah.