
Perjumpaan bersama SAAG Travel & Tours
Petaling Jaya, Selangor | 26 Dec 2024
Pada hari ini, Pewarisan Sdn Bhd telah mengadakan perjumpaan rasmi dengan SAAG Travel & Tours bagi membincangkan kerjasama dalam menyediakan perkhidmatan Umrah dan percutian. Perjumpaan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua syarikat dan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.
Kerjasama ini diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada pelanggan yang ingin menunaikan ibadah Umrah dengan selesa dan lancar. Kedua-dua syarikat komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan pengalaman pelanggan yang memuaskan.