Pewarisan 3.0

Bagi meraikan ulangtahun yang ke-2, Pewarisan telah melancarkan versi 3.0 aplikasi atas taliannya. Dengan keluaran baharu ini, ia menawarkan beberapa peningkatan dan ciri-ciri baharu.

Dengan release baharu itu, perubahan yang utama ialah aplikasi itu kini akan menjana 4 dokumen untuk modul Rancang Pewarisan-nya. Penambahan baharu ialah dokumen Pesanan Kepada Waris, yang merupakan senarai lengkap status Pewasiat dan maklumat-maklumat lain yang akan berguna kepada waris dan ahli keluarga Pewasiat. Soalan Lazim juga telah dikemas kini dengan maklumat tambahan berdasarkan maklum balas daripada pengguna terdahulu. Pengguna-pengguna terdahulu masih boleh akses kepada aplikasi tanpa perlu bayaran tambahan. Bagaimanapun beberapa maklumat mungkin telah berubah disebabkan struktur pangkalan-data baru yang berbeza.

Pewarisan masih mengekalkan harga yang sama iaitu RM330 untuk penyediaan 4 dokumen, iaitu Wasiat, Perisytiharan Hibah, Perisytiharan Harta Sepencarian dan Pesanan Kepada Waris. Para pengguna masih boleh terus menggunakan aplikasi tersebut secara percuma untuk membuat perancangan. Ketua Pegawai Eksekutif Pewarisan, Encik Kamarul Nizam berkata “Kami komited untuk terus menyediakan produk pengurusan warisan terbaik pada harga berpatutan agar semua orang boleh menyediakan perancangan warisan mereka”.

Bagi langkah seterusnya, Pewarisan telah pun mula mengusahakan versi Pewarisan 4.0, dan pengguna digalakkan untuk memberi maklum balas untuk sebarang ciri baru yang mereka ingin lihat dalam release akan datang. 

Berita Pewarisan