Taman Teknologi Bukit Jalil, 1 Dis 2022.

Pewarisan Sdn Bhd telah menandatangani MoU dengan Al-Ebreiz Global Capital pada hari ini. Memorandum itu telah ditandatangani oleh En. Mohd Norazam Dato Muhammad, iaitu CEO bagi pihak Al-Ebreiz, dan En Kamarul Nizam Mustapha bagi pihak Pewarisan Sdn Bhd.

Kerjasama ini berpeluang dalam membolehkan pelbagai produk baru dan inovatif yang dapat ditawarkan kepada orang awam. Ketua Pegawai Pemasaran Pewarisan, iaitu En. Izzuddin Shah berkata “Antara lain, kerjasama antara dua syarikat ini membolehkan mereka dalam memberi alternatif kepada pengguna bagi kaedah pembayaran untuk perkhidmatan yang di tawarkan oleh Pewarisan tanpa menggunakan wang fiat.”

Dalam masa terdekat ini, promosi produk akan dilakukan bersama-sama dan akan merencanakan beberapa produk yang mampu mengetengahkan kesepaduan antara kedua-dua syarikat ini.

Similar Posts