Wisma Kotamas, 1 Dis 2022

Berikutan kerjasama dengan pihak Kotamas Berhad, Pewarisan Sdn Bhd telah membuat satu Sesi Latihan bersama kakitangan koperasi tersebut.  Seramai 24 kakitangan Kotamas telah mengikuti Sesi Latihan tersebut. Latihan itu bertujuan untuk memberi pendedahan terperinci kepada kakitangan Kotamas mengenai aplikasi atas-talian Pewarisan.

Menurut En. Hasnol Hisham, Ketua Pegawai Perkhidmatan Pewarisan “Saya rasa kita telah memberi kefahaman tentang aplikasi Pewarisan disamping memahami konsep perancangan harta dan pewarisan mengikut Islam.”
Sesi Kedua akan dijadualkan dalam masa terdekat.

Similar Posts